ALIF BA SERVICES - MALAYSIA ROAD TAX AND INSURANCE RENEWAL

AGEN CUKAI JALAN DAN INSURAN KENDERAAN UNIT B-5-6,BLOK B,TINGKAT 5,MENARA KIP,JALAN SULTAN AZLAN SHAH,68100,KUALA LUMPUR,WP WHATSAPP: https://wa.me/601118659986/

Perbezaan harga insuran antara market value & agreed value



Perbezaan antara market value & agreed value

Market value (nilai pasaran)
Nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan insuran dibuat.Jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.
Contoh : 

Insuran kereta anda tamat pada bulan January 2019. Semasa pembaharuan insuran, harga pasaran kereta Perodua Bezza anda yang berusia dua tahun ketika itu adalah RM20,000

8 bulan kemudian, kereta anda dicuri dan anda membuat tuntutan ke atas polisi anda. Kerana 8 bulan telah berlalu, nilai kereta anda telah pun susut. Kini nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM20,000 tetapi RM17,500. Maka anda akan diberi pampasan sebanyak RM17,500 sahaja.
Agreed value (nilai dipersetujui)
Nilai dipersetujui adalah nilai yang dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor tertentu. Jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, pengendali insurans akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang dipersetujui ini.
Contoh:

Anda telah menginsuranskan kereta anda dengan nilai dipersetujui sebanyak RM40,000.10 bulan kemudian, anda kemalangan di mana kereta anda total loss dan tidak lagi boleh dibaiki. Pampasan yang anda akan dapat daripada pengendali takaful anda ialah sebanyak RM40,000. Walaupun mungkin pada masa itu nilai pasaran kereta anda hanya RM35,000.